Jawatan Kosong Jururawat Terlatih di Yayasan Islam Darul Ehsan - Tawaran kekosongan jawatan kerja kosong untuk jururawat terlatih di Yayasan Islam Darul Ehsan.
Info Ringkas YIDE:

YAYASAN ISLAM DARUL EHSAN (YIDE) merupakan sebuah Yayasan yang ditubuhkan dibawah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS). Berperanan memberi bantuan dan keperluan kepada umat Islam di negeri Selangor khususnya dan Malaysia amnya yang menghadapi malapetaka dan bencana serta menyediakan perkhidmatan rawatan dialisis.
Objektif utama penubuhan Yayasan Islam Darul Ehsan ialah menjalankan peranan yang luas sebagai penyalur bantuan dan kebajikan umat Islam, pemangkin ekonomi, penjana modal insan dalam pelbagai bidang profesional dan pelengkap pada perkhidmatan yang diberikan oleh agensi dan anak-anak syarikat MAIS. Demikan juga, harapan Yayasan ialah dapat berfungsi sebagai saluran perhubungan yang diiktiraf di kalangan masyarakat, syarikat-syarikat ngo, agensi, institusi-institusi dan yayasan-yayasan lain.
Lokasi: SELANGOR
2 kategori jawatan ditawarkan - Yayasan Islam Darul Ehsan mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan seperti berikut:
1) Ketua Jururawat Terlatih – Pusat Rawatan Dialisis
2) Jururawat Terlatih – Pusat Rawatan Dialisis
Syarat-syarat Kelayakan
1. Ketua Jururawat Terlatih
i) Diploma Kejururawatan daripada institusi pengajian tinggi atau kolej yang setaraf dengannya
ii) Keutamaan kepada yang memiliki Sijil Renal Post Basic
iii) Mempunyai sekurang-kurangnya 5 tahun pengalaman dalam bidang berkaitan
iv) Berpengalaman mengendalikan pusat dialisis
2. Jururawat Terlatih
i) Diploma Kejururawatan daripada institusi pengajian tinggi atau kolej yang setaraf dengannya.
ii) Keutamaan kepada yang memiliki Sijil Renal Post Basic.
iii) Mempunyai sekurang-kurangnya setahun pengalaman dalam bidang berkaitan.
iv) lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
Cara melakukan permohonan:
1) Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Permohonan yang boleh diperolehi dari laman web Yayasan Islam Darul Ehsan di www.yide.com.my atau facebook.com/yide4all. Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah disertakan bersama-sama salinan sijil serta dokumen lain yang berkaitan.
2) Nama jawatan yang dipohon hendaklah ditulis pada sudut atas sebelah kiri sampul surat.
3) Permohonan yang telah lengkap hendaklah dialamatkan kepada :
Yayasan Islam Darul Ehsan
No. 310 & 313, Tingkat 3, Pangsapuri Bestari,
Persiaran Kemajuan, Seksyen 16,
40200 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.
(u.p : Bahagian Sumber Manusia)
Tel : 03-55114560 /55114561
Faks : 03-55124080
Tarikh Tutup:
15 September 2014
Link Penting yang Berkaitan:
1) Borang Permohonan Kerja YIDE : LINK Pautan Borang (Klik Kanan dan Save As)
2) Panduan Kejururawatan: JururawatMalaysia.Com
Sekiranya terdapat kesulitan untuk akses pautan download borang di atas, sila PM admin di Facebook Page untuk dapatkannya, PM di sini ~> https://www.facebook.com/messages/JawatanKosongJururawat
Semoga perkongsian info iklan jawatan kosong jururawat kali ini dapat membantu anda. Selamat memohon dan semoga berjaya.
Jawatan