Jawatan Kosong Jururawat Pergigian U29 di Universiti Malaya Ogos 2014 - Iklan terkini kerja kosong jururawat sesi bulan Ogos 2014 dibuka.

Universiti Malaya kini mempelawa dan membuka tawaran jawatan kosong Bukan Akademik (Staf UM) Terbuka untuk mana-mana individu yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:
JURURAWAT PERGIGIAN GRED U29 (KONTRAK/ TETAP)
Syarat Lantikan
Diploma Kejururawatan Pergigian daripada Sekolah Latihan Pergigian Kementerian Kesihatan Malaysia yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
[Gaji Permulaan: RM1,687.59]
Syarat Peningkatan Secara Lantikan (PSL):
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Pembedahan Pergigian adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk PSL ke jawatan Jururawat Pergigian Gred U29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
(i) mempunyai kelayakan di atas; dan
(ii) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan
Syarat Bahasa Melayu : Lulus (termasuk lulus Ujian Lisan) di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
Cara melakukan Permohonan
Permohonan hendaklah dibuat secara online dengan melayari laman web http://e-recruitment.um.edu.my.
a. Bagi pemohon luar yang pertama kali menggunakan sistem ini, sila pilih Pendaftaran Baru.
b. Bagi calon luar yang pernah memohon jawatan melalui sistem ini, anda boleh menggunakan ID, katalaluan dan data terdahulu untuk memohon jawatan. Maklumat yang diberi hendaklah yang terkini dan pastikan anda mengemaskini maklumat yang telah dimasukkan terdahulu.
c. Bagi staf Universiti Malaya sahaja sila pilih Staf UM (Permohonan Jawatan).
Persediaan Temuduga
Anda boleh dapatkan rujukan dan panduan temuduga jururawat di http://jururawatmalaysia.com
TARIKH TUTUP PERMOHONAN: 18/08/2014
Jawatan