Jawatan Kosong Jururawat U29 / U32 / U36 / U41 di Pusat Pakar Kesihatan Universiti Sains Islam Malaysia USIM Jun 2014

UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM) dalam proses penubuhan Pusat Pakar Kesihatan USIM yang dijalankan secara wakaf dengan Kerajaan Negeri Sembilan dan sedang mencari calon-calon yang komited, berkelayakan dan bermotivasi tinggi untuk mengisi jawatan berikut :
Jawatan: Jururawat
Status Lantikan/Taraf Jawatan: Kontrak
Agensi: Pusat Pakar Kesihatan Universiti Sains Islam Malaysia
Penempatan: Kampus Nilai, Negeri Sembilan
Jadual Gaji:

Syarat Lantikan:
1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) (i) Diploma Kejururawatan daripada institusi-institusi latihan Kementerian Kesihatan Malaysia yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia
Gaji permulaan pada Gred U29 RM1,687.59.
(ii) Kelayakan bagi Gred U41
Ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia.
Gaji permulaan pada U41: RM2,259.08.
dan
(d) Lulus Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
Bidang Tugas:
Bertanggungjawab melaksanakan tugas perawatan dan penjagaan pesakit, pendidikan dan promosi kesihatan, pengawalan dan keselamatan pesakit, peralatan dan ubat-ubatan yang digunakan serta tugas-tugas pengurusan, perancangan, latihan dan penyelidikan bagi meningkat dan mengawal mutu perkhidmatan kejururawatan.
Cara Permohonan
Permohonan hendaklah dilakukan melalui laman sesawang USIM di pautan ~ http://www.usim.edu.my
Panduan permohonan serta maklumat terperinci mengenai jawatan di atas serta syarat-syarat kelayakan anda boleh perolehi melalui laman web tersebut.
Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan dianggap gagal.
Pertanyaan dan Soalan
Sebarang pertanyaan boleh dibuat dengan menghubungi talian 06-7988126/8114/8113.
Seksyen Perjawatan
Unit Pengurusan Modal Insan
Bahagian Modal Insan
Jabatan Pendaftar
Universiti Sains Islam Malaysia
Bandar Baru Nilai
71800, Nilai
Negeri Sembilan
Faks : 06-798 8034
Pertanyaan berkaitan Jawatan Akademik:
eirisakademik@usim.edu.my
Pertanyaan berkaitan Jawatan Pentadbiran:
eirispentadbiran@usim.edu.my
Tarikh tutup permohonan: 15 JUN 2014
Jawatan