Jawatan Kosong Jururawat di UiTM Mei 2014 - Universiti Teknologi MARA dengan ini mempelawa calon-calon Bumiputera Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan Tetap/ Kontrak di Kampus Shah Alam dan Kampus Cawangan.

1) Jawatan: JURURAWAT PERGIGIAN
Gred: U40
Skim Perkhidmatan: Jururawat Pergigian
Jadual Gaji: RM 5,023.00 RM 8,306.00
2) Jawatan: JURURAWAT PERGIGIAN
Gred: U38
Skim Perkhidmatan: Jururawat Pergigian
Jadual Gaji: RM 4,271.00 RM 7,290.00
3) Jawatan: JURURAWAT PERGIGIAN
Gred: U29
Skim Perkhidmatan: Jururawat Pergigian
Jadual Gaji: RM 1,312.00 RM 5,173.00
4) Jawatan: JURURAWAT
Gred: U29
Skim Perkhidmatan: Jururawat
Jadual Gaji: RM 1,312.00 RM 5,173.00
SYARAT-SYARAT LANTIKAN
JURURAWAT PERGIGIAN (GRED U40)
I) Calon bagi lantikan terus ke gred U40 hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
(a) Warganegara Malaysia;
(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) (i) Diploma Kejururawatan Pergigian daripada Sekolah Latihan Pergigian Kementerian Kesihatan Malaysia yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
(Gaji permulaan ialah pada Gred U40: RM 5,023.00) dan
(d) lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
II) Jururawat Pergigian Gred U38 adalah layak dipertimbang bagi kenaikan pangkat ke jawatan Jururawat Pergigian Gred U40 yang kosong apabila telah;
(a) Disahkan dalam perkhidmatan;
(b) Mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
(c) Diperaku oleh ketua perkhidmatan
TEMPOH PENGALAMAN
Mempunyai tempoh pengalaman berkaitan sekurang-kurangnya lapan (15) tahun pengalaman dalam bidang berkaitan
TARAF JAWATAN
Tetap
PENAKLUKAN DI BAWAH SYARAT-SYARAT SKIM PERKHIDMATAN
Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan jawatan di atas adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan Jururawat Pergigian berkenaan yang sedang berkuat kuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.
JURURAWAT PERGIGIAN (GRED U38)
I) Calon bagi lantikan terus ke gred U38 hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
(a) Warganegara Malaysia;
(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) (i) Diploma Kejururawatan Pergigian daripada Sekolah Latihan Pergigian Kementerian Kesihatan Malaysia yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; (Gaji permulaan ialah pada Gred U38: RM4,271.00); dan
(d) lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
II) Jururawat Pergigian Gred U36 adalah layak dipertimbang bagi kenaikan pangkat ke jawatan Jururawat Pergigian Gred U38 yang kosong apabila telah;
(a) Mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
(b) Lulus semua penilaian tahap kecekapan yang ditetapkan; dan
(c) Diperaku oleh ketua perkhidmatan
TEMPOH PENGALAMAN
Mempunyai tempoh pengalaman berkaitan sekurang-kurangnya lapan (12) tahun pengalaman dalam bidang berkaitan
TARAF JAWATAN
Tetap
PENAKLUKAN DI BAWAH SYARAT-SYARAT SKIM PERKHIDMATAN
Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan jawatan di atas adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan Jururawat Pergigian berkenaan yang sedang berkuat kuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.
JURURAWAT PERGIGIAN (GRED U29)
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) Diploma Kejururawatan Pergigian daripada Sekolah Latihan Pergigian Kementerian Kesihatan Malaysia yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. dan
(d) lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan:
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Pembedahan Pergigian adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat secaralantikan ke jawatan Jururawat Pergigian Gred U29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:-
(a) mempunyai kelayakan di perenggan 1(c) di atas; dan
(b) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.
JURURAWAT (GRED U29)
Calon bagi lantikan memiliki kelayakan seperti berikut:-
(a) Warganegara Malaysia;
(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) Diploma Kejururawatan daripada institusi-institusi latihan Kementerian Kesihatan Malaysia yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia.
(Gaji permulaan ialah pada Gred U29: RM1,687.59);
dan
Calon bagi lantikan hendaklah lulus dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan:
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Jururawat Masyarakat adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Jururawat Gred U29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
(a) mempunyai kelayakan di perenggan 1(c) di atas; dan
(b) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan
CARA-CARA MELAKUKAN PERMOHONAN
a. Untuk Bukan Staf UiTM Permohonan hendaklah dibuat dengan melayari laman sesawang UiTM di http://iapps.uitm.edu.my/epengambilanstaf/ dan membuat permohonan secara dalam talian (“ON-LINE”) sahaja dengan mengisikan maklumat yang diperlukan.
b. Untuk Staf UiTM sahaja Permohonan daripada Staf UiTM berstatus tetap/kontrak/sementara di mana pelantikan dibuat melalui Bahagian Pengurusan Perjawatan UiTM, hendaklah dibuat melalui sistem aplikasi dalam talian (“ON-LINE”) melalui Portal I-Staf -> eProses & Sistem Sokongan -> ePengambilan Staf.
Tarikh tutup permohonan adalah pada hari Jumaat, 16 Mei 2014.
Sebarang pertanyaan bolehlah merujuk kepada :
BAHAGIAN PENGURUSAN PERJAWATAN
JABATAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
PEJABAT PENDAFTAR
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
40450 SHAH ALAM
SELANGOR DARUL EHSAN
NO.TEL: (03) 5544 3082 /3075 / 3133 / 3089 / 3007 /3076
(03) 5521 1028
EMAIL: perjawatan@salam.uitm.edu.my
Jawatan