Jawatan Kosong Jururawat Masyarakat U19 di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Jun 2014
Peluang Kerjaya (Bukan Akademik)
Di UTM, disebalik falsafah "Menjana Minda Yang Kreatif Dan Inovatif" merupakan tunjang dari segala perkhidmatan yang kami lakukan untuk masyarakat. Inilah yang membuat kita berbeza.
Kami memerlukan individu yang dinamik, inovatif dan bercita-cita tinggi untuk bersama-sama menerokai teknologi baru dalam usaha merealisasikan Wawasan Universiti dan Wawasan 2020. Selaras dengan hasrat ini, calon-calon yang berkelayakan adalah dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan di UTM.
Tarikh Iklan : 08-06-2014
Tarikh Tutup : 21-06-2014
No Siri Jawatan : 20140608UA19B
JAWATAN : JURURAWAT MASYARAKAT
GRED : U19
KUMPULAN PERKHIDMATAN/
KLASIFIKASI : Pelaksana/Perkhidmatan Perubatan dan Kesihatan
JADUAL GAJI:
GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN
RM936.00 RM3,629.00 RM100.00
ELAUN:
Imbuhan Tetap Khidmat Awam : RM115.00
Imbuhan Tetap Perumahan : RM180.00
Bantuan Sara Hidup : RM250.00 - Johor Bahru
SYARAT LANTIKAN:
1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-
a) Warganegara Malaysia;
b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
c) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
d) Tamat dengan jayanya kursus latihan yang ditetapkan dan mendapat Sijil Jururawat Masyarakat yang diiktiraf oleh kerajaan serta telah berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia dan Lembaga Bidan Malaysia;
(Gaji permulaan ialah pada Gred U19: RM1,284.27)
dan
e) lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
TARAF JAWATAN: TETAP
LOKASI: UTM JOHOR BAHRU
DESKRIPSI TUGAS:
Menjalankan tugas-tugas dalam bidang kebidanan dan kesihatan keluarga yang merangkumi aspek perawatan kejururawatan dari segi amalan kejururawatan, pengurusan kejururawatan, latihan kejururawatan, dokumentasi dan lain-lain.
CARA DAN PERATURAN PERMOHONAN:
1) Pemohon hendaklah menggunakan borang permohonan secara atas talian (online) dan melengkapkan semua maklumat semasa permohonan di atas talian termasuk GAMBAR calon melalui laman web UTM.
2) Sila masukkan maklumat yang benar, lengkap dan tepat dan permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses dan akan dianggap tidak berjaya.
3) Calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga.
4) Salinan Sijil-sijil Akademik dan Sijil berkaitan perlu DISAHKAN dan hendaklah diserahkan semasa menghadiri temuduga.
5) Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tempoh (6) enam bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
6) Pemohon yang menggunakan kelulusan Peperiksaan Khas sila memohon secara manual.
7) Pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Kerajaan/Badan-badan Berkanun/Kuasa Tempatan hendaklah mengemukakan surat sokongan Ketua Jabatan serta salinan Buku Perkhidmatan dan Laporan Penilainan Prestasi terkini melalui pos kepada:
Bahagian Pengurusan Modal Insan,
Pejabat Pendaftar,
Universiti Teknologi Malaysia,
81310 UTM Johor Bahru.
8) Penguasaan Bahasa Inggeris yang baik akan diberi keutamaan.
9) PEROKOK ADALAH TIDAK DIGALAKKAN MEMOHON.
Sila catatkan No Siri Jawatan untuk memudahkan membuat permohonan
Sila klik pautan berikut untuk: Permohonan On-Line
TARIKH TUTUP: 21 JUN 2014
Semoga maklumat jawatan kosong jururawat kali ini dapat membantu anda. Untuk dapatkan update terkini sila bookmark blog ini di pelayar web (browser) anda, atau LIKE Facebook Fanpage di SINI. Dapatkan juga panduan kerjaya jururawat di SINI. Semoga berjaya!
Jawatan