Kekosongan Jawatan Jururawat di Universiti Teknologi Mara (UiTM) sesi April/Meri 2014 - Adalah dimaklumkan bahawa Fakulti Perubatan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Sungai Buloh membuka tawaran kerjaya kepada mana-mana individu yang berkelayakan.

Berikut merupakan senarai jawatan-jawatan yang ditawarkan:
1. Pegawai Perubatan
2. Pegawai Pemulihan Perubatan
3. Jurupulih Perubatan
4. JURURAWAT
5. Penolong Pegawai Perubatan
6. Juruteknik Perubatan
7 Pembantu Perawatan Kesihatan
Cara melakukan permohonan
Sila muat turun borang daripada pautan di bawah dan sila isikan maklumat lengkap anda melalui ruang kosong yang telah disediakan:
Borang Permohonan (Klik kanan mouse anda dan klik "Save As" untuk simpan ke dalam komputer anda)
PERHATIAN KEPADA PEMOHON:
Dokumen-dokumen yang telah disahkan hendaklah dikepilkan dengan borang ini mengikut susunan berikut:-
1. Salinan Kad Pengenalan
2. Salinan Sijil Berhenti Sekolah, PMR/ SRP/ /LCE, SPM/ SPMV/ MCE, Sijil Politeknik, STPM
3. Salinan Sijil Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana, PhD
4. Surat Pengesahan Perkhidmatan dari majikan sedia ada/terdahulu untuk mengambilkira pengalaman kerja/ penetapan gaji
5. Salinan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini (bagi kakitangan Kerajaan/Badan Berkanun/Separa Kerajaan yang sedang berkhidmat)
6. Salinan Sijil Pendaftaran Penuh & Sijil Amalan Tahunan (Majlis Perubatan Malaysia/Lembaga Jururawat/ Lembaga Pembantu Perubatan Malaysia, untuk jawatan Pegawai Perubatan/Jururawat/Penolong Pegawai Perubatan)
Permohonan yang telah lengkap hendaklah di alamatkan kepada:-
DEKAN
FAKULTI PERUBATAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
KAMPUS SUNGAI BULOH
JALAN HOSPITAL
47000 SUNGAI BULOH
SELANGOR DARUL EHSAN
Sila sampaikan pada atau sebelum tarikh tutup penerimaan borang permohonan.
Peringatan : Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses
Tarikh Tutup Penerimaan Borang : 5 Mei 2014
Semoga dengan perkongsian maklumat jawatan kosong jururawat kali ini dapat membantu anda memohon jawatan yang bersesuaian dengan anda. Sekian.
Jawatan