Kekosongan Jururawat di Regency Specialist Hospital Sdn Bhd.
Hospital Pakar Regency merupakan hospital swasta tertiari berlesen yang menyediakan pelbagai perkhidmatan perubatan dan pembedahan yang komprehensif. Terletak di Iskandar Malaysia yang merupakan bandar yang semakin meningkat iaitu Bandar Seri Alam, Johor. Regency menyediakan penjagaan kesihatan yang berkualiti tinggi kepada masyarakat tempatan dan negara-negara serantau.
Di Hospital Pakar Regency, penjagaan kesihatan merupakan nadi pekerjaan kami. Anda akan bekerja bersama profesional berbakat untuk membuat perubahan kepada masyarakat. Kami terus menggalakkan dan menyokong pembangunan profesional anda melalui peluang pembelajaran yang berterusan untuk membantu anda mencapai potensi penuh anda. Jika anda seorang yang berkaliber tinggi dan individu yang dinamik dengan semangat yang kuat untuk perkhidmatan, sertai Regency. Jadilah sebahagian daripada pasukan kami yang semakin berkembang untuk berkhidmat dalam masyarakat dengan penjagaan dan kecemerlangan.
Kekosongan jawatan:
1. Jururawat kanan
2. Registered Nurse
3. Jururawat Pelatih
4. Juruteknik OT
5. Pembantu Ambulan
6. Bidan
7.Pengajar Jururawat
8. Pembantu Jururawat
9. Pengajar Klinikal
Lokasi: Johor.
Calon-calon yang berminat sila hantar resume melalui emel atau hantar ke :
Bhg. Sumber Manusia & Pengurus Pentadbiran
Regency Specialist Hospital Sdn Bhd (767174-W)
No. 1 Jalan Suria, Bandar Seri Alam, 81750 Masai, Johor, Malaysia
Tel: +607 381 7700 Fax: +607 388 7666
Emel: hr.staff@regencyspecialist.com
Lamanweb: www.regencyspecialist.com
Muat turun borang permohonan: http://www.regencyspecialist.com/wp-content/uploads/2012/09/Application-for-Employment.pdf
Info tambahan : Jururawat yang telah bersara dan masih berminat untuk bertugas secara fleksible/ separuh masa / locum juga digalakkan untuk memohon. Terima kasih.
Jawatan