Jawatan Kosong Jururawat 2013 - Menjadi seorang Jururawat : Diploma Kejururawatan - Ijazah Kejururawatan.
Saban tahun, populasi rakyat Malaysia sentiasa meningkat dengan kadar peningkatan yang stabil. Dengan peningkatan jumlah penduduk maka peningkatan dalam permintaan untuk perkhidmatan penjagaan kesihatan turut bertambah. Selain itu, jangkaan awam untuk penjagaan kesihatan yang lebih baik juga semakin bertambah.
Ini menyebabkan permintaan yang lebih besar untuk doktor dan jururawat yang berkelayakan, sama ada telah menghadiri kursus ijazah atau kursus diploma. Kejururawatan memberi tumpuan kepada menjaga pesakit, terutama semasa ketiadaan doktor. Tetapi doktor mempunyai ramai pesakit untuk diberi tumpuan dan mempunyai jawatan spesifik untuk menjaga pesakit tertentu. Ini bermakna penjagaan secara asasnya menjadi tanggungjawab jururawat. Jika anda seorang yang penyayang yang berminat untuk bertugas untuk pesakit dan membantu mereka pulih kesihatan mereka, maka anda perlu mempertimbangkan untuk menjadi seorang jururawat.
Kursus kejururawatan hari ini menghasilkan profesional yang penyayang, berdisiplin, bermotivasi dan mampu berfikir secara kritikal. Kedua-dua program samada diploma dan latihan ijazah mengajar anda untuk menggunakan minda anda, emosi dan anggota badan untuk menjaga orang sakit.
Jawatan kosong jururawat - Permintaan untuk jururawat adalah sangat tinggi, yang memerlukan lebih 130,000 jururawat terlatih menjelang tahun 2020. Ini akan membolehkan Malaysia mempunyai nisbah 1:200 dan memenuhi keperluan Pertubuhan Kesihatan Sedunia. Pada masa ini, nisbah adalah 1:645 dan Malaysia terpaksa bergantung kepada jururawat asing.
Dengan permintaan yang tinggi, ini bermakna jururawat boleh mengharapkan banyak peluang kenaikan pangkat dan gaji yang lebih tinggi seiring dengan permintaan. Masa depan yang cerah untuk jururawat dan mereka yang berada di dalam industri penjagaan kesihatan. Kejururawatan juga merupakan kerja yang sangat dihormati yang secara emosinya memberi rasa kepuasan tatkala anda melihat kesihatan pesakit anda pulih di bawah jagaan anda. Jadi ambil langkah pertama sekarang untuk menjadi seorang jururawat yang berkelayakan. Jika anda mempunyai tiga kredit dalam SPM dengan kredit dalam Bahasa Malaysia, Sains dan satu mata pelajaran lain (sebaik-baiknya Matematik atau Bahasa Inggeris), anda telah memenuhi kelayakan minimum bagi kursus diploma kejururawatan.
Permintaan pasaran VS Kuota - Namun begitu disebabkan bilangan calon lepasan SPM adalah terlalu ramai dan kuota untuk kerjaya jururawat yang ditawarkan amat terhad, maka kebarangkalian calon untuk berjaya dalam permohonan kerjaya jururawat adalah amat tipis. Ya, tipis kerana tanpa pengetahuan yang mantap mengenai kerjaya jururawat, kebarangkalian untuk anda lulus dalam temuduga adalah rendah. Penyelesaiannya?
E-Buku Panduan Lengkap Kerjaya Jururawat - Dengan 6 Modul + Bonus yang disediakan, anda bakal didedahkan dengan maklumat sulit dan rahsia sebenar tentang cara bagaimana untuk berjaya menjawat jawatan jururawat dengan mudah tanpa menggunakan kabel orang tengah. Rahsia ini adalah panduan sebenar yang ditulis oleh seorang penjawat awam dalam Kementerian Kesihatan Malaysia sendiri! Admin tidak mahu membuang masa, anda boleh lihat sendiri testimoni pengguna panduan ini serta penerangan 6 modul sulit tersebut di halaman http://jururawatmalaysia.com/
Banyak pendedahan yang dibocorkan yang sepatutnya bakal jurawat tahu seperti modul soalan lazim temuduga + skema jawapan, cara mengisi borang dengan betul (penting), panduan resume dan pelbagai lagi maklumat sulit lain. Semuanya dikumpulkan di dalam panduan ini, jadi anda tidak perlu lagi membuang masa mencari dan bertanya. Sekiranya anda betul-betul ingin menjadi seorang jururawat, Admin sarankan untuk dapatkan panduan ini. Pilihan kejayaan di tangan anda.
Jawatan